Jumaat, 24 Julai 2009

Gerak: Perketat pemilihan p'jaya SPRM

MALAYSIA KINI


Sebuah badan bukan kerajaan mencadangkan supaya ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pesuruhjaya SPRM negeri dipilih melalui ujian rintis kredibiliti yang ketat.

“Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, pemilihan peguam negara juga wajar melalui kaedah yang sama.

Katanya, ini kerana Seksyen 58, Akta SPRM 2009 memberikan kuasa pendakwaan kes rasuah kepada peguam negara.

“Ujian rintis kredibiliti mampu menolak persepsi sinis sesetengah ahli politik terhadap kewibawaan ketua pesuruhjaya SPRM dan peguam negara.

“Kerana melalui sistem ini, pemilihan bagi dua jawatan tersebut adalah juga melalui tapisan Parlimen yang juga dianggotai pembangkang.

“Maka pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai ruang yang adil dalam membahaskan calon ketua pesuruhjaya SPRM serta peguam negara,” tambahnya.

Mohd Nazree juga menyarankan kerajaan menubuhkan mahkamah khas rasuah bagi mempercepatkan proses pendakwaan kes-kes rasuah yang sering tertangguh.

Katanya, sudah tiba masanya untuk kerajaan menubuhkan mahkamah tesebut.

Tiada ulasan: