Jumaat, 3 Julai 2009

Empat lelaki termasuk 'Datuk' ditahan bantu kes penipuan jual tanah

BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes penipuanpenjualan tanah bernilai RM8 juta di kawasan Bukit Tambun dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohan Singh Tara Singh berkata kesemua lelaki berusia antara 45 dan 60 tahun itu ditahan di sekitar Bandar Perda di sini semalam selepas seorang peniaga membuat laporanpolis berhubung perkara berkenaan.

"Menurut pengadu berusia 47 tahun itu, beliau telah berurusan dengan empatlelaki berkenaan berhubung penjualan tanah di Bukit Tambun pada 12 Junlepas.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan membuat laporan polis selepas mendapatitertipu kerana satu salinan dokumen "opsyen untuk menjual" tanah berkenaanadalah tidak benar memandangkan pemilik tanah itu tidak pernah memberi kebenaranmenjual tanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohan berkata kesemua mereka direman mulai hari ini bagi membantu siasatanmenurut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

"Lelaki bergelar Datuk berusia 60 tahun itu direman sehingga Sabtu, manakalatiga lagi direman sehingga esok," katanya.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki bergelar Datuk itu mempunyai rekodjenayah lampau berkaitan pemalsuan dokumen.

Tiada ulasan: