Khamis, 2 Julai 2009

Dakwa Khairy korup Karpal dibuang Dewan Rakyat

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dari DAP diarah keluar dari Dewan Rakyat petang tadi selepas mengeluarkan perkataan yang dilarang Parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Karpal beberapa kali mendakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) seorang korup ketika Khairy membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat berhubung aduan Karpal mengenai insiden beliau diserang oleh beberapa pemimpin Pemuda Umno Selangor 26 Februari lalu.

Tiada ulasan: