Rabu, 1 Julai 2009

Ada kes besar akan didedah SPRM

KOSMO!


ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes-kes besar yang sedang dirisik kerana mengikutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.

“Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah,” kata beliau pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah di pejabat SPRM di sini semalam.

Tiada ulasan: