Isnin, 6 Julai 2009

2000 Pemuda Terengganu Akan Turun Ke Manek Urai

SM Noor


KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengerahkan sekurang-kurangnya 2000 orang ahlinya turun membantu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Menurut Setiausaha DPPNT, Wan Mohd Faizul Wan Abas arahan kepada pemuda-pemuda PAS di kawasan-kawasan telah dibuat 2 Julai lalu.

Beliau berkata gelombang pertama ahli-ahli DPPNT seramai 1000 orang akan bersama-sama Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat Sempena PRK N.41 Manek Urai yang diadakan malam ini 5 Julai.

”Mereka akan bersama-sama untuk mengiringi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam perarakan penamaan calon di Kuala Krai pada 6 Julai,
”bakinya seramai 1000 orang akan turun berperingkat sehingga hari mengundi pada 14 Julai, ”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Tenaga pemuda, katanya, amat penting memandangkan majoriti pengundi DUN Manek Urai adalah terdiri daripada pengundi muda.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai berbanding kategori pengundi lain.

Setiausahanya Datuk Ngah Senik, dalam taklimatnya di Manek Urai semalam berkata mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk majoriti 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

Tiada ulasan: