Jumaat, 24 Julai 2009

2 anggota TUDM maut

UTUSAN ONLINE

KUANTAN - Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori tangki ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer 87.6, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Kebok di Maran hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Aidil Fairuz Mohd. Khairi, 25, tersepit di tempat duduk manakala rakannya, Ahjin Atum, 27, tercampak keluar dari kenderaan.

Kedua-dua mangsa yang bertugas di TUDM di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kem TUDM di sini ke Kem Batu 3, Mentakab kerana tugasan.

Ketika sampai di tempat kejadian, kata beliau, kereta yang dipandu Aidil Fairuz cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya sebelum merempuh lori.

Tiada ulasan: