Khamis, 18 Jun 2009

Wajib isi borang wabak flu H1N1

MALAYSIA KINI


Borang pengisytiharan kesihatan akan diwartakan minggu depan bagi mewajibkan pelawat dan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara mengisinya berikutan wabak influenza A (H1N1).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang gagal berbuat demikian boleh dihukum dipenjara sehingga dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu, katanya, telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai influenza yang dipengerusikannya di Bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, kes penularan tempatan pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia, membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

Sehingga malam tadi, 22 kes import dilaporkan - membabitkan 13 rakyat tempatan, tujuh warga asing, seorang pemastautin tetap Malaysia dan seorang pemastautin Amerika Syarikat - manakala 904 pesakit masih di bawah penyiasatan.

Tiada ulasan: