Khamis, 18 Jun 2009

“Tubuh Kerajaan Baru” - Misi Saf Kepimpinan Baru Terengganu

SM Noor


KUALA TERENGGANU - Saf Kepimpinan Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin dengan gandingan pimpinan baru yang mantap dari pelbagai lapangan dan bidang professional, PAS mampu menang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

”Dengan gandingan yang ada ini, yang mantap dan terdiri dari pelbagai lapangan dan bidang professional,

”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang Media Khas di Pejabat PAS Terengganu semalam .

”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang Media Khas di Pejabat PAS Terengganu semalam (Klik Untuk Lihat Video Klip).

Katanya, beliau telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya yang baru telah mengadakan mesyuarat dan menyusun saf kepimpinan baru PAS Terengganu. (Klik Lihat Video).

Beliau telah mengumumkan perlantikan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tujuh orang jawatankuasa tambahan.

Senarai penuh perlantikan tersebut adalah seperti dibawah ;

Timbalan Pesuruhjaya 1 : Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik
Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Pesuruhjaya 3 : Ustaz Satiful Bahari Mamat
Setiausaha : Haji Yahaya Ali
Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Kamarudin Yunus
Penolong Setiausaha 2 : Haji Hanafiah Ramli@Mat
Bendahari : Haji Muhyidin Abd Rashid
Ketua Penerangan : Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya : Ariffin Deraman
Jawatan Kuasa : Us Harun Jusoh 2.
: Abd Haris Malik
: Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
: YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawai
: Haji Husin Ismail
: Hajjah Zarani Othman
: To’ Puan Ustazah Fatimah Zainab

Tiada ulasan: