Khamis, 25 Jun 2009

TPM umum calon pilihanraya kecil Ahad

KLPOS.COM


KL: Barisan Nasional akan mengumumkan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada Ahad ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO berkata, pengumuman akan dibuat oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai.

“Kita telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa (Mohamed) dan pandangan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mengenai persiapan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam tadi.

Tiada ulasan: