Rabu, 24 Jun 2009

Tangkap Tikus Dapat Ganjaran

TV SELANGOR


Kempen menangkap tikus di kawasan DUN Teratai sejak seminggu lalu mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk serta pengusaha premis perniagaan.yang sudah berjalan selama seminggu lebih menunjukkan sambutan baik daripada penduduk serta pengusaha premis perniagaan.

ADUN berkenaan, Jenice Lee Ying Ha, berkata kempen selama sebulan bemula 11 jun lalu memperlihatkan satu konsep kerjasama masyarakat dalam mengurangkan pembiakan mahkluk perosak tersebut.

Kempen pada hari ini turut disertai Jenice dan penduduk sekitar kawasan Taman Pandan Perdana.

menurut Janice, kempen ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan ganjaran.

"Kempen ini mendapat sambutan daripada masyarakat di kawasan ini dan sehingga 11 Julai nanti kempen ini pasti berjaya 100 peratus," katanya.

Jenice berkata, setiap tikus yang ditangkap akan diberi ganjaran sebanyak RM1 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

penduduk atau peniaga juga akan diberikan cenderamata apabila jumlah tangkapan mereka mencecah 10ekor, manakala jumlah tikus terkumpul sebanyak 50 ekor dan 100 ekor.

Manakala ganjaran bonus tambahan sebanyak RM30 dan RM100 juga akan diberikan masing-masing kepada mereka yang mendapat jumlah tikus terkumpul sebanyak 50 ekor dan 100 ekor.

Sebelum ini MPAJ membayar RM20 ribu kepada kontraktor untuk menghapuskan tikus tetapi tidak begitu berkesan.

Kehadiran tikus yang begitu banyak di kawasan pentadbiran MPAJ, boleh mengancam kesihatan penduduk kerana haiwan ini membawa wabak penyakit kepada penduduk.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk dan peniaga menjaga kebersihan dikawasan masing-masing, dan tidak membuang sampah ke longkang yang menjadi tarikan tikus.

Tiada ulasan: