Rabu, 10 Jun 2009

Tahap pencemaran Selangor Terkawal

TV SELANGOR


Tahap pencemaran alam sekitar di Selangor masih di peringkat yang boleh dikawal namun rakyat negeri ini harus terus mengambil langkah pro akif bagi membendung masalah itu.

Peringatan ini diberikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Puan Che Hasmah Ibrahim di Mini Karnival Jom Selamatkan Bumi!, untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai keperluan memelihara alam sekitar.

“Kepada orang awam, mereka patut elakkan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara, kita memerlukan kerjasama orang ramai.” Ujarnya

Mini Karvinal sehari ini, dengan tema ‘Bumi Memerlukan Kita- Bersatu Menangani Perubahan Iklim’ diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Program ini anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri serta Majlis Perbandaran Shah Alam.

Ketika merasmikan majlis ini Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizebeth Wong berkata kerajaan negeri serius untuk membendung pencemaran alam sekitar di negeri ini.

Ini dilakukan menerusi beberapa program dan penguatkuasaan undang-undang.

“Beberapa aktiviti diadakan. Satunya forum alam sekitar, kedua karnival dan pameran dan ketiga bengkel bagaimana untuk menghasilkan baja kompos serta ujian asap kereta.” Mengenai mini karnival hari ini, Elizabeth berkata tumpuan khusus ialah untuk mendidik masyarakat mengenai langkah untuk mengurangkan pemanasan global.

“Objektif yang utama adalah untuk mengingkatkan kesedaran masyarajat tentang isu- isu alam sekitar, khususnya perubahan iklim.” Kata Elizeberth.

Mengenai mini karnival hari ini, Elizabeth berkata tumpuan khusus ialah untuk mendidik masyarakat mengenai langkah untuk mengurangkan pemanasan global.

Antara tarikan utama di mini carnival ini ialah program kitar semula buangan elektronik, demonstrasi pembuatan baja kompos, kempen 1 warga 1 pokok, ujian asap kenderaan.

Turut diadakan forum alam sekitar.

Mini karnival ini turut membabitkan Jabatan Pengairan dan Saliran, Alam Flora, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Mineral dan Geo-Sains Selangor.

Tiada ulasan: