Isnin, 1 Jun 2009

Syabas, kata Anwar

MALAYSIA KINI


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dan berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi kemenangan kepada calon PKR, Mansor Othman hari ini.

Katanya, sejak 14 bulan lalu, pengundi di situ telah berdepan dengan tiga kali pilihanraya, termasuk pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dimenanginya.

penanti by election anwar mansor guan engNamun begitu, katanya, mereka tetap menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat.

Keputusan itu juga, tambah Anwar, menunjukkan bahawa 'keadilan' tetap mendapat sokongan rakyat.

Beliau juga memuji penduduk Penanti kerana membuat pilihan yang betul dengan memilih Mansor sebagai wakil rakyat mereka dan bakal dilantik timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Anwar berharap, amanah yang diberi rakyat itu akan mendorongkan Mansor untuk bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan Mansor, Anwar berkata walaupun peratusan mengundi rendah, tetapi ia adalah satu kemenangan yang meyakinkan.

Sementara itu, Mansor pula berkata, beliau sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, beliau akan mendapatkan tunjuk ajar daripada Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim pula berkata, beliau menyokong pelantikan Mansor sebagai timbalan ketua menteri 1 dan akan mengangkut sumpah Rabu ini.

Katanya, beliau mengalu-alukan pelantikan Mansor yang merupakan seorang pemimpin yang berkemampuan dengan kelulusan akademik yang cemerlang untuk membantunya mentadbir Pulau Pinang.

Tiada ulasan: