Rabu, 10 Jun 2009

SPM - 12 subjek lebih sesuai

BERNAMA


LANGKAWI - Sebanyak 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara mahu had jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditambah kepada 12 berbanding 10 seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, cadangan itu merupakan antara perkara yang dipersetujui pada mesyuarat kesatuan dan persatuan itu di sini.

"Persetujuan itu dicapai setelah mengadakan perbincangan secara terperinci serta mengambil kira kesannya daripada pelbagai aspek,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Wacana Profesional Profesion Pendidikan di sini semalam.

Lebih 50 wakil daripada 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara menghadiri mesyuarat tiga hari itu.

Tiada ulasan: