Isnin, 22 Jun 2009

Sidang Parlimen dilanjut dua hari lagi

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Ke12 yang sepatutnya tamat pada 30 Jun ini dilanjutkan dua hari lagi memandangkan masih ada urusan yang belum selesai.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Parlimen agar persidangan itu ditambah dua hari lagi.

"Ini perlu bagi membolehkan rang undangundang dan urusan kerja diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal kedua itu adalah dari 15 Jun hingga 30 Jun.

Tiada ulasan: