Rabu, 17 Jun 2009

Saddi bekal peralatan jalur lebar kepada 42 pengerusi JKKK di kawasannya

SABAH DAILY


SUKAU: Wakil rakyat di sini, Saddi Haji Abdul Rahman mencatat sejarah perkhidmatannya tersendiri apabila membekalkan semua pengerusi JKKK di kawasannya dengan peralatan jalur lebar sebagai akses kepada jaringan perkhidmatan dan maklumat pembangunan kepada rakyat diwakilinya.

Saddi menyalurkan peralatan itu kepada kesemua 42 orang pengerusi JKKK berkenaan yang disampaikan secara simbolik pada majlis Pelancaran Laman Blog Adun 48 Sukau yang ber-konsepkan Khidmat Kasih, di Kampung Paris, salah satu mukim Dewan undangan negeri itu, malam Selasa.

Peralatan mudah alih itu bukan saja untuk membolehkan rakyat di kawasan masing-masing menyampaikan segala permohonan berhubung pembangunan dan rancangan ekonomi mereka secara maya (penggunaan internet), tetapi melaporkan secara pantas masalah penduduk termasuk berkaitan bencana alam dan sebagainya.

Berucap pada majlis pelancaran blog itu yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Saddi berkata, kedudukan logistik kawasan Dun Sukau yang luas di luar bandar adalah antara keperluan kemudahan itu disalurkan.

“Daripada alasan ini serta suasana kehidupan penduduk kampung yang berbeza-beza dari segi sumber ekonomi dan pembangunan, saya merasakan perlunya para pengerusi JKKK ini dibekal-kan kemudahan jalur lebar bagi membolehkan mereka menghubungi saya secara penggunaan internet,” katanya.

Katanya, kemudahan itu hanya disematkan kepada komputer yang dimiliki oleh para pengerusi JKKK itu untuk melayari internet dan mengakseskannya kepada email Adun48 Sukau.com untuk menyampaikan keperluan serta rintihan mereka.

Menurut Saddi, pendaftaran dan penggunaan bulanan jalur lebar itu sekitar RM68 akan ditampung menerusi tabung kewangan JKKK di kawasan itu.

Berucap di hadapan hampir 5,000 orang yang hadir pada majlis itu, Saddi menegaskan, kemudahan tersebut membolehkan semua penduduk termasuk golongan belia membuat teguran dan kritikan membina berhubung sistem perkhidmatan beliau selaku wakil rakyat kawasan itu.

“Malah saya cabar pada belia di kawasan ini supaya melakukan kritikan terbuka terhadap apa juga kekurangan dan kesilapan saya memberikan khidmat. Saya sedia mendengar dan memperbai-kinya. Inilah cara kita, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan khidmat, “ katanya.

Beliau menegaskan, penyediaan laman blog secara mudah dan ringkas penyampaian itu bukan suatu yang retorik atau kepuraan-puraan untuk memenangi hati rakyat.

“Tetapi apa juga kesilapan dan kesalahan saya rakyat memang nampak, Allah Swt juga nampak. Saya mahu menyalur-kan khidmat secara ikhlas semata-mata untuk rakyat. Bukan pula mahu menjatuhkan atau memburuk-burukan orang lain,” katanya.

Ada pihak, kata Saddi mendakwa, kononnya penyediaan laman blog oleh pihaknya hanya untuk tujuan mencari glamour untuk mendapatkan populariti dari rakyat.

“Ini semua dakyah mahu menghasut rakyat. Apa yang saya lakukan ini untuk kebaikan sesuai dengan perkembangan cyber negara. Ramai pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri turut menyediakannya untuk tujuan yang sama. Kenapa pula saya dituduh sedemikian,” katanya yang mahu rakyat agar tidak terikut-ikut dengan dakwaan dan hasutan seperti itu.

Tambah Saddi lagi, fokus penyediaan perkhidmatan menerusi laman blog itu berasaskan kepada misi dan visi perkhidmatan Konsep Satu Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Kata Saddi, konsep itu sememangnya selari dengan harapan dan aspirasi menjayakan Halatuju Pembangunan Ekonomi Negeri yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman enam tahun lalu yang berpaksikan tiga sumber utama iaitu perladangan, pembuatan dan pelancongan yang sebahagiannya berkembang pesat di kawasan Dun Sukau.

Pelancaran blog yang turut menyaksikan pelbagai aktiviti sukan dan rekriasi bermula awal pagi kelmarin dilihat bermakna kepada penduduk yang hadir apabila perbualan vedio menggunakan sistem skype antara Saddi, Datuk Jainab dengan Ketua Menteri diwakili oleh Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Encik Nizam Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan di Kota Kinabalu berlangsung lebih 10 minit.

Tetamu jemputan iaitu Datuk Zakaria Haji Mohd Edris turut bersama-sama berpeluang menyertai pebualan itu.

Pegawai Daerah, Abdul latif Kandok bersama-sama kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) diikuti seluruh pemimpin masyarakat di bawah pentadbiran UPKR Sukau dan Majlis Hal Ehwal Negeri dalam kawasan ini turut berpeluang menyaksikan perbualan vedio itu.

Ketua Menteri, kata Nizam, menyata-kan setinggi-tinggi tahniah kepada Saddi kerana berjaya menyediakan halaman blog sedemikian sebagai salah satu saluran penyediaan perkhidmatan dan maklumat yang lebih pantas kepada rakyat.

“Saya diarah Ketua Menteri agar menyampaikan amanah kepada rakyat supaya terus memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha pembangunan yang dilakukan Yb. Saddi demi untuk memperkasakan rangkaian khidmat kerajaan BN di negeri ini.

“Beliau juga menasihatkan rakyat khususnya golongan belia supaya tidak terikut-ikut dengan sikap pemimpin pembangkang yang sentiasa mencari jalan serta kesalahan pemimpin untuk tujuan menjatuhkan kerajaan,” kata Nizam yang turut memberi pujian kepada usaha pengwujudan laman Blog Adun 48 Sukau itu

Terdahulu dari itu, Jainab ketika merasmikan majlis itu berkata, kementeriannya menyediakan pelbagai program dan dana untuk mengembangkan bidang ICT di kalangan rakyat khususnya di luar bandar di negeri ini.

“Antaranya kita memberikan kursus IT kepada para pemimpin BN di Sabah termasuklah wakil rakyat agar dapat mendalami bidang ICT. Kita juga menyediakan bersedia memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk mengujudkan bangunan pusat ICT di kawasan masing-masing,” katanya.

Turut berbangga dengan kewujudan empat pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di kawasan Dun Sukau, Jainab berkata, pihaknya juga boleh mendapatkan pelbagai sumbangan daripada kerajaan perse-kutuan dalam membangunkan bidang ICT di Sabah.

“Saya begitu menghargai peranan yang dimainkan oleh Saddi dan sudah tentu langkah ini akan dicontohi oleh ramai lagi wakil rakyat di Sabah dalam menyokong usaha pengembangan bidang ICT di Sabah,” katanya yang menambah keperluan itu amat memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi global.

Pelancaran laman blog itu turut diserikan persembahan tiga artis tanahair termasuk Abu Bakar Ellah atau Ampal, Farah Ashikin dan Boy, anak kepada Saddi, yang diselang selikan dengan cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah kepada penonton.

Tiada ulasan: