Khamis, 25 Jun 2009

Pump gun meletup, dua cedera

UTUSAN ONLINE


PETALING JAYA – Dua cedera termasuk seorang parah terkena tembakan senjata jenis pump gun seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Damansara Jaya di sini yang tiba-tiba meletup secara tidak sengaja.

Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang semasa pengawal keselamatan itu yang berusia 43 tahun sedang bertugas dalam bank tersebut.

Tembakan itu mengenai seorang pelanggan di bahagian kakinya dan seorang kakitangan bank, Sharizul Jamaluddin, 32, di perut dan tangannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, berikutan itu, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, polis telah menahan pengawal keselamatan terbabit di bawah Akta Senjata Api 1960.

Tiada ulasan: