Jumaat, 12 Jun 2009

PRK Manek Urai; Pemuda Akan Turun Habis-habisan

Wan Kay


KOTA BHARU - Pemuda PAS Pusat bersama-sama pemuda Pakatan Rakyat, Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP akan turun habis-habisan dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri N.14 Manek Urai.

Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata fokus kerja menghadapi PRK Manek Urai kali ini adalah menarik pengundi muda dengan mempelbagaikan program.

“Kita akan keluarkan arahan-arahan ‘all out’ kepada semua pemuda-pemuda kita seluruh Malaysia termasuk kita akan minta bantuan dari sahabat-sahabat kita terutama dari Pemuda Pakatan Rakyat,

“Angkatan Muda KeADILan dan Pemuda DAP untuk bersama-sama kita di Manek Urai,”katanya ketika ditemui Buletin Online disini semalam.

Beliau berkata pendekatan pada kali ini tidak akan menumpukan kepada ceramah semata-mata tetapi kita akan sentuh pemuda ini disemua peringkat, sebaliknya akan menghampiri di mana sahaja pengundi muda berada.

“Jika perlu kita turun ke bawah, kita akan ke bawah, jika perlu ke padang kita akan ke padang,

“kita akan cuba fokuskan program-program yang menarik orang-orang muda termasuk melalui sukan, hiburan alternatif dan seumpamanya,”jelasnya.

Menurutnya, Pemuda Pusat akan mengadakan mesyuarat dengan Pemuda PAS negeri Kelantan hari ini, 12 Jun 2009, bagi mendapat laporan perkembangan Manek Urai dan merumuskan tindakan yang akan diambil menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Tiada ulasan: