Khamis, 11 Jun 2009

PKR tunggu penjelasan pemimpin Pas

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM- Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menunggu penjelasan pimpinan Pas berhubung isu kerajaan perpaduan termasuk sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO.

Bagaimanapun, parti itu tidak menghalang atau mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang apa juga isu sekiranya membabitkan kepentingan nasional termasuk isu kerajaan perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau mengulangi komitmen PKR untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berada dalam keadaan utuh.

“Rakan parti seperjuangan iaitu Pas dan DAP turut mempunyai iltizam yang sama dalam memastikan agenda perubahan terlaksana di negara ini,” katanya yang dipetik daripada blog Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan pimpinan Pas yang baru dilantik dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

Tiada ulasan: