Isnin, 15 Jun 2009

PKFZ: Dewan Rakyat tolak usul Kit Siang

Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pagi tadi menolak usul dibawa DAP yang meminta agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu atas alasan bahawa ia tidak perlu disegerakan.

Usul itu dibawa oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang.

Lim yang juga Penasihat DAP berkata, hanya Suruhanjaya Diraja boleh memanggil pelbagai pihak untuk disiasat mengenai peranan mereka dalam isu projek pembangunan PKFZ.

Laporan audit PricewaterhouseCoopers terhadap projek PKFZ, yang kosnya kini melambung RM12.5 bilion telah dikeluarkan pada 28 Mei lalu.

Tiada ulasan: