Jumaat, 19 Jun 2009

Peserta Ladang Rakyat nikmati dua dividen serentak

Zuharman MN


PASIR PUTEH - Peserta program Pembangunan Ladang Rakyat dijangka meraih pendapatan berganda apabila Koperasi Peserta Ladang Rakyat beroperasi sepenuhnya.

Dua dividen bakal dinikmati setiap peserta iaitu dividen Ladang Rakyat dan koperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, selain dividen bulanan, dividen koperasi melalui projek berasaskan ekonomi akan turut diagihkan kepada peserta.

"Kita bersetuju menukar Tabung Ladang Rakyat kepada koperasi. Setiap peserta merupakan ahlinya. Kita juga menawarkan bekas peserta Ladang Rakyat menyertai sama," katanya pada majlis penyampaian dividen kepada peserta bagi kali ke-10 di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamed dan Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat.

Program Ladang Rakyat dimulakan sejak tiga tahun lalu menyediakan dividen RM200 sebulan kepada peserta. Selain itu setiap peserta juga mendapat khairat kematian sebanyak RM7,000.

Beliau juga berkata, mesyuarat agung perwakilan peringkat kawasan akan diadakan pada Julai ini dan peringkat negeri pada Ogos depan. - mj _

Tiada ulasan: