Selasa, 23 Jun 2009

Penularan H1N1 kian cepat di S'pura

MALAYSIA KINI


Penularan tempatan wabak selesema A (H1N1) semakin cepat berlaku di Singapura dengan 17 kes terbaru disahkan hari ini, kata kementerian kesihatan republik itu.

Kes-kes tersebut tidak termasuk sembilan kes import - menjadikan jumlah keseluruhannya 168 kes, lapor Bernama.

Tujuh belas kes tempatan itu membabitkan mereka yang menghadiri acara-acara di gereja, kelab hiburan dan kem keagamaan.

Kes-kes import pula melibatkan mereka yang pernah ke Australia,
Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

Kementerian itu berkata ia kini menambah poliklinik tempatan dan beberapa ratus doktor untuk merawat kes yang disyaki, dan klinik-klinik terbabit akan membantu menguruskan pesakit yang mempunyai simptom selesema A apabila kerajaan menukar langkah daripada membendung kepada pengurangan.

Tiada ulasan: