Rabu, 10 Jun 2009

Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia

pemudasarawak


KUALA LUMPUR – Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim , meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.

Shukery, 55, berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan televisyen pada 1987.

Antara filem lakonan beliau ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh…Dia Datang. Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

Jenazah Shukery dibawa ke rumahnya sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang.

Tiada ulasan: