Jumaat, 26 Jun 2009

PBRS PARTI MANDUL?

HJ.WAHAB TIMPAI(Sabahkini.net)


PRESIDEN Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup didesak oleh akar umbi parti itu supaya berusaha mendapatkan kerusi tambahan kerana parti tersebut saling tak tumpah seperti wanita mandul sahaja?

PBRS kini hanya satu Parlimen di Pensiangan dan DUN di kawasan Sook sahaja berbanding parti lain dalam komponen Barisan Nasional BN.

Penyokong akar umbi menyifatkan jika PBRS itu seorang manusia yang telah lama perkahwinan tetapi belum mendapat zuriatnya dan parti itu perlu berusaha mencari jalan supaya keluarganya bertambah.

Menurut beberapa penyokong parti itu, PBRS merupakan parti berbilang kaum dan seharusnya berusaha mendapatkan kawasan untuk parti itu setelah SAPP keluar dari BN, kerana kuota BN di kawasan tersebut sudah pasti menjadi milik kepada keluarga komponen BN itu sendiri apabila PRU- 13 nanti.

Sehubungan dengan itu tegas akar umbi PBRS lagi, SAPP sudah pasti meletakkan semua kawasan sebanyak mungkin calon mereka kerana parti tersebut belum lagi masuk dalam gegasan ’ PAKATAN RAKYAT’ di mana SAPP merupakan parti tempatan yang jadi pembangkang terbesar diminati oleh rakyat sebagai saingan BN sekarang di Negeri Sabah.

Justeru itu, Parti yang besar seperti Umno wajar memberikan ruang kepada parti komponen BN yang lain sekiranya persempadanan yang baru berlaku di kawasan Pedalaman Atas yang mencukup syarat itu.

Penyokong akar umbi PBRS Melalap berpendapat bahawa DUN Melalap mungkin layak kerana kawasan mereka dijangka boleh mencapai 13,000 pengundi menjelang PRU 13 untuk kuota PBRS di zon Melalap, manakala kuota PBS dicadangkan zon Entabuan-Enubai di mana setiap kawasan mempunyai lebih dari 6,000 pengundi walaupun DUN Melalap dipisahkan.

Tiada ulasan: