Khamis, 4 Jun 2009

PAS mahu buat dua kejutan di Sarawak

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


SHAH ALAM: Timblan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS akan akan membuat dua kejutan pada pilihan kecil Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka tahun depan.

"Kita akan bawa kejutan yang akan membawa satu lontaran kepada masyarakat Malaysia," kata beliau dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat di sini hari ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah organisasi politik akan mengikut peredaran masa.

"Dua kejutan yang besar kita akan bawa dalam pilihan raya kecil DUN Sarawak," katanya.

Tiada ulasan: