Ahad, 14 Jun 2009

OKU: Guna istilah baru

UTUSAN ONLINE


KEMAMAN – Kementerian Belia dan Sukan akan menggunakan istilah orang kelainan upaya bagi menggantikan orang kurang upaya (OKU) dalam merujuk kepada golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, istilah orang kelainan upaya lebih sesuai digunakan kerana ia menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu.

Justeru, katanya, kementerian dari semasa ke semasa akan menggunakan istilah orang kelainan upaya bagi menggantikan istilah asal.

‘‘Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris disable yang menggambarkan ketidakupayaan golongan ini sedangkan pada hakikatnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang tidak terdapat pada orang normal.

‘‘Sebagai contoh, kita lihat atlet paralimpik, mereka mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi serta kebolehan yang kadangkala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan yang mereka tunjukkan itu,’’ katanya.

Tiada ulasan: