Isnin, 1 Jun 2009

Nik Aziz bakal rasmi bangunan PAS Pahang, 9 Jun

Basiron Abdul Wahab


TEMERLOH - Bangunan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman 3 akan dirasmikan pada 9 Jun ini jam 4.50 petang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, program berkenaan dijangka akan turut dihadiri para pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti KeAdILan Rakyat dan DAP selain para pemimpin PAS dari kawasan dan cawangan seluruh Pahang serta para penyumbang Dana Bangunanan PAS negeri.

Pada sebelah malamnya, Tuan Guru akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di tapak Kompleks Perhubungan PAS Pahang di Kerdau.

Menurut Roslan, Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa'ItiQa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000 ringgit. - mns_

Tiada ulasan: