Khamis, 18 Jun 2009

Najib Tidak Faham Hasrat Kerajaan Selangor Selesai Isu Air: Khalid

TV ANTARA


Pendirian Najib dalam isu ini air di Selangor tidak menggambarkan konsep “1Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia.”, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Najib tidak memahami sebenarnya matlamat kerajaan pakatan rakyat selangor yang berhasrat mengambil alih pengurusan industri air demi kepentingan rakyat.

Langkah itu, bertujuan mengelakkan sebarang kenaikan tarif air yang dijangka akan dilakukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat dalam industri itu ketika ini.

Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Najib yang mendakwa harga yang ditawarkan kerajaan negeri untuk membeli asset dan ekuiti syarikat konsesi terbabit, tidak munasabah.

Beliau turut membidas tuduhan ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim yang mengatakan Kerajaan Selangor bertindak kerana mencari keuntungan dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Khalid menyifatkan respon negatif kerajaan pusat itu disebabkan mereka tidak meneliti dengan lebih terperinci rancangan kerajaan negeri dalam penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Tan Sri Khalid menegaskan, berdasarkan rancangan itu, tarif air akan dapat di kurangkan 10 peratus tahun ini, jika Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan perkhidmatan itu.

Sebanyak 20 peratus penurunan lagi dijangka dapat dilakukan pada tahun 2011 dan seterusnya menjadi 25 peratus menjelang 2013.

Menurutnya, isu yang semakin hangat diperkatakan ini bagimanapun masih dalam perbincangan dan berharap ia dapat diselesaikan hujung bulan ini.

Beliau yakin penyelesaian isu ini akan dapat dicapai sekiranya Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat bekerjasama, tanpa mengira fahaman politik.

Tiada ulasan: