Khamis, 25 Jun 2009

Mohamad Sabu dilantik TPJ Pulau Pinang

SIASAH DAILY


TASEK GELUGOR : Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Turut dilantik ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang. Manakala bagi jawatan setiausaha Fazhil Kerni dilantik semula.Bendahari disandang oleh Taqiudin Hamzah.Untuk jawatan Ketua Penerangan, Zulkiply Ishak daripada kawasan Kepala Batas turut dilantik.

Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Jamaludin Said dan Bukhari Ghazali.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.

Tiada ulasan: