Isnin, 22 Jun 2009

Menteri telah serahkan KPI kementerian masing-masing, kata Tsu Koon

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Semua menteri telah menyerahkan laporan awal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian masing-masing kepada Jabatan Perdana Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau bagaimanapun berkata penilaian terhadap KPI berkenaan tidak dapat diumumkan kerana ia memerlukan beberapa penyesuaian terlebih dahulu berikutan prestasi beberapa agensi di bawah kementerian turut bergantung kepada prestasi agensi yang lain.

"Misalnya berhubung dengan jumlah kedatangan pelancong ke dalam negara yang sepatutnya melibatkan KPI Kementerian Pelancongan semata-mata, tetapi pencapaian kedatangan pelancong ini perlu juga dilihat kepada prestasi polisi dan prosedur imigresen negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan KPI untuk sektor awam, badan berkanun dan agensi kerajaan di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Koh berkata semua menteri akan menghadiri khemah kerja selama dua hari minggu depan mengenai KPI.

Tiada ulasan: