Khamis, 11 Jun 2009

MB Selangor Bidas Pengerusi LPK Enggan Beri Kerjasama

TV ANTARA


Kerajaan Selangor membidas tindakan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mencalonkan seorang exco negeri menduduki lembaga pengarah LPK.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan itu sebagai kekangan untuk memulihkan keyakinan orang ramai selepas tercetusnya skandal PKFZ atau Zon Bebas Pelabuhan Klang yang membabitkan dana awam berbilion ringgit.

“Setelah kerajaan negeri buat keputusan untuk lantik exco menjadi lembaga di Perlabuhan Klang, Pengerusi Lee Hwa Beng telah tolak untuk lantik ahli exco tersebut. Kenyataan pengerusi itu sebagai satu kenyataan yang tidak professional. Sebeb tujuan lantik exco jadi lembaga pengarah ialah supaya akan menolong dan mempercepatkan proses perhubungan antara Perlabuhan Klang dan kerajaan negeri.” Kata Khalid

Hwa Beng, seorang pemimpin MCA, sebelum ini pernah membuat kenyataan media, memberi jaminan beliau sudi menerima seorang exco kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah LPK.

“Kita dah tulis surat kepada pihak LKP. Jawapannya tidak serupa yang dijawab yang dia akan timbang. Dan saya rasa dia akan panjangkan kepada menteri pengangkutan untuk buat keputusan.” Ujarnya lagi.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri berhak mendapatkan satu kerusi dalam Lembaga Pengarah LPK kerana segala operasi harian perlabuhan adalah dalam jajahan negeri Selangor.

“Walaupun perlabuhan dibawah Kementerian Pengangkutan tapi operasi perlabuhan klang 100% didalam negeri Selangor. Hubungan yang erat antara satu sama lain akan tolong dalam pembangunan perlabuhan tersebut. Saya pernah jadi pengerusi kepada beberapa syarikat. Jadi saya rasa lebih ramai orang yang berkeupayaan dan ada kuasa lebih mantap syarikat itu.” Ulas beliau lagi.

Perlabuhan Klang mencetus kontroversi apabila skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dikatakan mempunyai unsur- unsur penyelewengan membabitkan dana awam.

Kos projek itu meningkat daripada RM2 billion kepada kepada RM3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM4 billion kepada RM7 billion.

Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 billion.

Lebih mengejutkan, hanya 14% ruang niaga di zon itu dapat disewakan setakat ini, menyebabkan PKFZ dilabel sebagai projek raksaksa gajah putih yang merugikan rakyat.

Dalam pada itu, Tan Sri Khalid mengumumkan kerajaan negeri telah mewartakan rizab Sungai Klang di sepajang pesisir sungai berkenaan.

Ini adalah usaha terancang kerajaan negeri untuk membersihkan dan membangunkan sungai berkenaan demi menjana ekonomi masyarakat sekitar untuk jangka masa panjang.

“Telah mewartakan rizab Sungai Klang sebagai satu usaha pembersihan sungai itu. Kita mewartakan rizab Sungai Klang supaya pembangunan yang ingin dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Selangor. Pada dasarnya kerajaan negeri Selangor tidak lagi meluluskan sebarang aktiviti disepanjang sungai itu sehingga selesai pembersihan itu.” Kata Khalid

Kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang aktiviti di kawasan rizab berkenaan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Tiada ulasan: