Isnin, 8 Jun 2009

Masjid Jeram bernilai RM7j

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri bercadang untuk membina semula sebuah masjid di Jeram bagi menggantikan masjid lama yang berusia hampir 100 tahun membabitkan kos penyelenggaraan sebanyak RM7 juta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek pembinaan itu dijangka siap dalam tempoh setahun bagi membolehkan penduduk menggunakan masjid dengan selesa.

Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha untuk mengekalkan keadaan seni bina masjid dengan reka bentuk yang moden.

“Saya akan melakukan lawatan ke tapak pembinaan masjid hari ini. Sebelum kerja pembinaan dilaksanakan, kita akan mengambil masa selama dua bulan terlebih dahulu bagi mengkaji dan mengenal pasti seni bina masjid termasuk tender projek,” katanya kepada pemberita di Majlis Program Mesra Rakyat “Bersama Menteri Besar” di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh, dekat Jeram, semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok turut menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan menerima borang keahlian PKR melibatkan kira-kira 800 ahli dari ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Tiada ulasan: