Rabu, 3 Jun 2009

Manek Urai: PAS sudah kenal pasti calon

MALAYSIA KINI


PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan namanya.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihanraya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan, lapor Bernama.

Pilihanraya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan.

Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan seorang lagi naib presiden PAS, Mohamad
Sabu.

Pertandingan jawatan timbalan presiden PAS menjadi perhatian utama semasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden

Tiada ulasan: