Isnin, 1 Jun 2009

Liow: 11 orang masih dikuarantin dari H1N1

BERNAMA


PULAU PINANG: Seramai 11 orang masih dikuarantin berhubung kes Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata lapan orang dikuarantin sebab pernah mempunyai hubungan dengan pesakit positif H1N1 di Singapura dan tempoh kuarantin mereka akan tamat esok, manakala tiga lagi dikuarantin sehingga Khamis ini sebab mempunyai kaitan dengan kes di Hong Kong.

Tiada lagi kes terbaru dilaporkan berlaku di negara ini, namun pemantauan akan terus dilakukan, katanya kepada pemberita hari ini.

Tiada ulasan: