Rabu, 10 Jun 2009

Kumpulan Idris Terus Menyatakan Bantahan

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Beberapa program dan keputusan kerajaan negeri Terengganu terus mendapat bantahan oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Di Hulu Terengganu, tindakan menukar lokasi tapak pembinaan sebuah kolej matrikulasi yang sepatutnya dibina di daerah itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Menurut Mohd Nor, cadangan membinaan kolej tersebut di Hulu Terengganu adalah usaha yang digerakkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

“Saya sendiri sempat berbincang dengan beliau (arwah) mengenai perkara ini dan mengenal pasti dua lokasi bagi dijadikan tapak projek pembinaan kolej matrikulasi di daerah ini. Salah satunya di padang ragut Jalan Tersat iaitu berhampiran Kampung Tanjung Putat.

“Secara peribadinya, perubahan lokasi pembinaan kolej matrikulasi dari Daerah Hulu Terengganu ke Marang membuatkan saya terkilan, walaupun terpaksa menerima keputusan yang ditetapkan kerajaan negeri” katanya.

Di Setiu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dilaporkan terkilan dan tidak puas hati kerana tidak di jemput untuk hadir dalam Majlis Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diadakan didaerah itu baru-baru ini.

Sumber Buletin Online memberitahu, Abdul Halim kesal kerana pentadbiran negeri terus meminggirkan ahli-ahli yang berhormat tetapi mengutamakan Penyelaras DUN dalam majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar.

Tiada ulasan: