Jumaat, 12 Jun 2009

Kerajaan tak puas hati kajian CPI: Nazri

BERITA HARIAN ONLINE


SHAH ALAM: Kerajaan tidak puas hati dengan hasil kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dibuat Merdeka Center yang menunjukkan 67 peratus responden yang dikaji setuju usaha kerajaan tidak berkesan untuk menanggani masalah rasuah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kajian untuk 2008 itu mendapati hanya 28 peratus responden yakin kerajaan mengambil langkah bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah.

"Hasil kajian itu jauh berbeza yang dibuat pada 2007 yang mendapati 53 peratus responden percaya kerajaan berusaha tanggani rasuah manakala hanya 37 peratus berpendapat sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata, hasil kajian itu tidak menunjukkan senario sebenar kerana ia dilakukan dalam tempoh singkat iaitu kira-kira dua minggu.

Katanya, kajian Februari lalu itu juga diadakan ketika pemimpin Umno sibuk berkempen untuk pemilihan pelbagai jawatan pada Perhimpunan Agung Umno yang diadakan Mac.

Tiada ulasan: