Khamis, 18 Jun 2009

“Kerajaan perpaduan” satu strategi UMNO tawan DUN Manik Urai?

Oleh: Mail Mathew


KECENDERUNGAN UMNO diakhir akhir ini untuk bersetuju membincangkan soal apa yang yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’ sungguh ‘merimaskan’ banyak pihak yang rata rata berpendapat bahawa keinginan UMNO itu mengangkat muka dengan PAS bukan berbentuk ketelusan dan keikhlasan yang sebenarnya, tetapi sebaliknya UMNO akan menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dipilihanraya kecil DUN Manik Urai tidak lama lagi.

Terperangkapkah PAS dalam satu lagi strategi halus UMNO kali ini? Jawapannya mudah sahaja, kerana PAS lebih awal lagi telah menghidu putarbelit dan sepak terjang UMNO yang dicanangkan Najib dan kuncu kuncunya, yang diibaratkan oleh rakyat Kelantan khususnya pengundi DUN Manik Urai bahawa UMNO di Kelantan sebagai ‘Singa tidak bertaring’ lagi.

Berkemungkinan Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang Presiden PAS hanya sekadar menyedapkan hati kader kader UMNO apabila Tuan Guru Haji Hadi beriya iya bersetuju membincangkan soal ‘kerajaan perpaduan’, manakala dalam masa yang sama TG melakukan ‘eksperimen’ ketahanan politik saf baru PAS selepas Muktamar PAS baru baru ini, itu banyak kemungkinannya.

Bagaimana pun, TG tidak mungkin semudah itu mengiya iya apa yang dicanangkan Najib dan UMNO dalam episod barunya ‘kerajaan perpaduan’, sedangkan selama beberapa dekad lalu perjuangan politik PAS tidak pernah sehaluan dengan pendapat UMNO, inikan pula pernikahan kahwin campur PAS,PKR dan DAP dalam keluarga Pakatan Rakyat semakin ‘intim’.

Selain itu, sudah terdapat juga suara suara lantang si rakyat kerdil dari bumi DUN Manik Urai yang mencadangkan agar UMNO tidak perlu turut serta dengan pertandingan prk itu dengan alasan alasan tertentu bahawa sekali pun UMNO menang tidak ada maknanya kerana tampuk kerajaan negeri masih kekal kepada PAS.

Antara lain sikerdil itu khuatir ‘nasib malang’ yang menimpa UMNO pada beberapa prk lalu akan terulang lagi, sekali gus menambah derita UMNO yang kelihatan menaranya sudah mula condong sedikit tidak segah itu seperti sebelumnya yang kini berlaku disebelah utara Semenanjong Malaysia.

Seperkara lagi, selagi UMNO dan Najib belum berupaya menangani masalah politik di negeri Perak, selagi itu rakyat diseluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak rakyat masih memandang serong kepada cara UMNO/BN memerintah Negara.

Dipenghujung episode politik UMNO/BN mungkin akan mengalami laluan sukar ketika disaat saat menhadapi PRU ke-13, kerana segala galanya keputusan itu berada ditangan rakyat, sebagai ‘Hakim’ yang mengadili dengan seadil adilnya mana satu kerajaan yang bersih, cekap, telus dan berwibawa menerajui kerajaan baru Malaysia.

Tiada ulasan: