Jumaat, 5 Jun 2009

Impian pergi umrah berkecai

SINAR HARIAN ONLINE


SEPANG - Seramai 14 jemaah umrah yang dijadualkan menaiki pesawat penerbangan ke Yaman bagi mengerjakan umrah terpaksa melupakan hasrat mereka apabila penerbangan mereka dibatalkan kerana diperdayakan syarikat tidak bertanggung jawab.

Jemaah itu adalah sebahagian daripada 43 jemaah berdaftar di bawah syarikat Qaid & Wafir Travel & Tours sepatutnya dijadualkan berlepas menaiki Yemen Airlines jam 4.45 petang semalam.

Kesemua urusan diuruskan seorang ejen dari syarikat berkenaan, sebagai orang tengah syarikat berkenaan, dengan bayaran berjumlah RM5,350, termasuk urusan pengesahan visa, bayaran tiket, penginapan, makanan dan sebagainya.

Difahamkan, jemaah yang berasal dari Muar itu tiba ke ruang berlepas seperti yang dijadualkan, hanya dimaklumkan bahawa tiket penerbangan mereka dibatalkan sejurus tiba di kaunter tiket.

Seorang jemaah, Saiful Rizal Zainuddin, 29, mereka sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada 31 Mei lalu bagaimanapun ditunda ke hari ini.

Tiada ulasan: