Rabu, 3 Jun 2009

Hari Bertemu Pelanggan PERKESO Setiap Khamis Pertama

BERNAMA


KUALA LUMPUR -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadikan hari Khamis pertama setiap bulan sebagai "Hari Bertemu Pelanggan" di kesemua 46 pejabatnya di seluruh negara mulai esok.

Ketua Eksekutif Perkeso K. Selvarajah berkata sekiranya Khamis pertama jatuh pada hari cuti am, maka program tersebut akan diadakan pada hari Khamis minggu berikut.

Beliau berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada pelanggan PERKESO untuk berjumpa terus dengan pihak pengurusan atasan bagi menguruskan sebarang permasalahan yang gagal diselesaikan melalui saluran lain yang telah disediakan pihaknya.

"Kami berharap program ini dapat meningkatkan lagi jalinan hubungan di antara PERKESO dengan pelanggannya dalam urusan penyampaian program perkhidmatan keselamatan sosial yang disediakan pertubuhan ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya program ini merupakan satu lagi usaha PERKESO dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.

Tiada ulasan: