Khamis, 25 Jun 2009

Dua penolong pegawai tanah didakwa terima rasuah RM4,000

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dua penolong pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM4,000 daripada seorang kontraktor, dua tahun lepas.

Lim Hok Heng, 47, dan Mohd Isa Abdul Aziz, 46, didakwa menerima rasuah itu daripada Lim Thian Chye sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan pengeluaran pasir daripada projek tanpa premit.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Mobil Sun Yon Eng Service Sdn Bhd, Jalan Radin Anum, Bandar Sri Petaling, antara 3.30 petang dan 4.30 petang, pada 9 Mei 2007.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan keduadua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Hok menyerahkan pasport kepada mahkamah.Beliau menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee, manakala keduadua tertuduh diwakili peguam P.Ganesh.

Tiada ulasan: