Khamis, 18 Jun 2009

Cubaan burukkan imej negara

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyenarai semula Malaysia antara negara yang menyeludup manusia merupakan cubaan untuk menjejaskan imej negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau percaya ia merupakan tindakan kongres AS untuk memburuk-burukkan Malaysia.

"Saya dimaklumkan bahawa ada gerakan daripada anggota Kongres AS untuk mencaci Malaysia berdasarkan masalah penyeludupan manusia.

"Kedudukan Malaysia di tengah-tengah kawasan ASEAN mempunyai kelemahan dari segi geografi untuk perdagangan manusia ke seluruh dunia.

"Warga-warga Iraq, Asia Barat, Pakistan dan Bangladesh sering transit di Malaysia sebelum berangkat ke Australia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan AS memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

Tiada ulasan: