Selasa, 2 Jun 2009

CEO AirAsia pitam di LCCT

BERNAMA


SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes kini berehat di rumah setelah disahkan sihat oleh doktor selepas beliau pitam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini petang ini.

Dalam kenyataannya, Air Asia berkata, Tony dibawa ke Pusat Perubatan Pusrawi di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pitam sebaik saja tiba di LCCT dengan penerbangan dari Pulau Pinang.

Doktor berkata Tony pitam kerana keletihan dan oleh itu menasihati beliau supaya berehat, katanya.

Kenyataan itu berkata, Tony pulang dari Pulau Pinang selepas menghadiri majlis meraikan penerbangan sulung Pulau Pinang-Singapura AirAsia pagi tadi.

Tiada ulasan: