Sabtu, 13 Jun 2009

Bacaan IPU di kawasan kritikal berubah

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan di beberapa kawasan di negara ini dilaporkan berubah sedikit pagi ini berikutan hujan yang turun sekejap di Lembah Klang lewat petang semalam.

Mengikut laporan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya pada pukul 11 pagi ini menunjukkan tiada kawasan yang telah mencapai kadar IPU yang tidak sihat.

Pelabuhan Klang merekodkan bacaan IPU yang sederhana iaitu 94 berbanding bacaan IPU yang tidak sihat iaitu 136, malam tadi.

Bacaan IPU bagi Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam pula masing-masing pada 83, 81 dan 81 pagi ini.

Daripada 48 kawasan yang dipantau, 24 kawasan telah mencatatkan bacaan IPU yang baik termasuk Langkawi (29), Kangar (23) dan Universiti Sains Malaysia di Gelugor, Pulau Pinang (30).

Tiada ulasan: