Ahad, 14 Jun 2009

Anak Malaysia berlakon di Royal Albert Hall

Zaharah Othman


LONDON: Biasanya, Sofea Alyssa Emelie Azam, 5, duduk dalam kereta sorong dan menyaksikan kakaknya, Sarah Arissa Eleni, 12, berlakon dan beraksi dengan penuh asyik ketika sesi latihan atau uji bakat.

Keadaan itu berubah semalam apabila Sofea turut menunjukkan bakatnya sebagai anak bongsu Raja Siam dalam pementasan teater muzikal, The King and I, di Royal Albert Hall, di sini.

Sofea serta Sarah adalah antara lebih 40 kanak-kanak yang mengambil peranan sebagai anak Raja Siam dalam pementasan klasik itu, manakala peranan Raja Siam dilakonkan pelakon terkenal siri Lost, Daniel Dae Kim.

Pementasan pertama menyaksikan Royal Albert Hall penuh dengan penonton. The King and I akan dipentaskan sehingga 28 Jun.

Sofea dan Sarah anak kepada arkitek rakyat Malaysia, Azam Ashari dan isterinya, Hezelina Hashim, akauntan yang tinggal di Reading.

"Sarah bukan asing dalam lakonan pentas kerana sudah lama terbabit dalam pementasan teater, iklan dan penggambaran sejak berusia tujuh tahun.

"Sejak kecil lagi kami nampak minat dan bakatnya lalu memasukkannya ke Sekolah Stage Coach, tetapi memastikan pelajaran tidak diabaikan," kata Hezelina

Tiada ulasan: