Khamis, 18 Jun 2009

Akta Hasutan perlu, akan kekal - Hishammuddin

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 kerana akta tersebut masih relevan dengan keadaan semasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan di bawah akta itu membolehkan kerajaan mengambil tindakan sekiranya terdapat individu atau organisasi yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Bagi individu-individu yang didapati mengeluarkan kata-kata atau melalui penerbitan yang berbentuk hasutan, jika mendapat keterangan bukti mencukupi boleh didakwa di bawah Seksyen 4 (1) akta tersebut," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Hishammuddin berkata, kerajaan sentiasa menyemak dan mengemas kini akta-akta sedia ada di negara ini.

Tiada ulasan: