Isnin, 29 Jun 2009

450,000 kakitangan awam dibebani hutang

KOSMO!


KUALA LUMPUR - Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua jabatan atau kementerian terbabit mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah kumpulan itu yang rata-ratanya hanya membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

Ahmad Shah menambah, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya.

Tiada ulasan: