Jumaat, 5 Jun 2009

3,000 Hadir Muktamar PAS Ke 55

TV ANTARA


Muktamar Pas Ke-55 bermula hari ini dengan kehadiran lebih 3,000 orang memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam.

Muktamar yang bermula hari ini juga menyaksikan pembabitan 1,100 perwakilan dari 176 bahagian seluruh negara.

Pimpinan tertinggi PAS diketuai Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din serta pimpinan kanan Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, serta bekas menteri Umno Zaid Ibrahim dan Sasterawan Negara A. Samad Said antara yang turut hadir di Stadium Malawati, Shah Alam.

Turut hadir ialah Sasterawan Negara A. Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad yang merupakan tokoh bahasa juga turut hadir.

Muktamar yang bermula seawal 8 pagi lagi dikawal ketat Unit Amal diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di semua pintu masuk dan keluar stadium.

Antara acara yang menjadi perhatian khusus hari ini adalah ucaptama Presiden Abdul Hadi Awang yang menyentuh soal hala-tuju parti dalam arus politik negara.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dicabar Naib Presiden Husam Musa dan Mohammad Sabu, manakala tiga jawatan Naib Presiden direbut oleh Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mujahid Yusuf Rawa, Nik Mohd Amar Abdullah dan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding. Beliau mengemudi Pas sejak 2002.

Tiada ulasan: