Selasa, 16 Jun 2009

14 kad pengenalan lama ditemui di tempat pelupusan sampah sarap

Oleh SIRA HABIBU


KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kad pengenalan diri lama dan beberapa kad pengenalan Umno ditemui dalam sebuah laci almari yang dibuang di sebuah tempat pelupusan sampah sarap haram di Tampoi, Johor.

Ketua pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, penemuan itu sepatutnya membimbangkan pihak berkuasa keselamatan.

Katanya, ini kerana terdapat petanda-petanda kad pengenalan diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Seorang pemilik mengesahkan dia tidak pernah hilang kad pengenalannya dan telah memulangkan kad pengenalan lamanya kepada JPN apabila mengutip MyKadnya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini semalam.

Khairul memberitahu, seorang tukang kimpal bernama Za’aba Ibrahim telah menjumpai dokumen-dokumen tersebut dengan label yang tertera nama Naib Ketua Wanita Umno Taman Baru, Hashimah Abu Samah, beberapa label delegasi perhimpunan Umno dan kad mesyuarat JPH.

Katanya, tukang kimpal itu juga menemui satu label latihan jentera pemilihan Umno, satu lesen memandu L yang habis tempoh dan tertera nama Muhamad Reza Shah Ibrahim dan label mesyuarat JPH officer 1995 yang bernama Edris Haron (0752680).

Za’aba, 38, membuat laporan di balai polis Skudai pada 8 Jun lalu, beberapa hari selepas menemui dokumen-dokumen tersebut.

Kad-kad pengenalan diri tersebut mempunyai maklumat: Fong Siew Chen (75314105626) dari Tanjung Sepat, Lim Thiam Hock (751003016233) dari Johor Bahru, Sha’arani Yusof (750727105253) dari Johor Bahru, Soh Ping Ruey (760911016620) dari Skudai, Soh Ping Shin (760911016698) dari Skudai, Muhamad Reza Shah Ibrahim (810310015203) dari Johor Bahru, Abu Rasat Saleh (310414055049) dari Johor Bahru, Shariffudin Hassan (771231015409) dari Senai, Rezal Saim (790813016181) dari Johor Bahru, Mohamed Zahrin Omar (720803015675) dari Johor Bahru, Shahrin Atan (680720016409) dari Pontian, Tan Chin Shong (680507105197) dari Johor Bahru, Fazli Abdul Rahman (79090986141) dari Teluk Intan, dan Bah Romesi Bah Perangsak (810810086155) dari Bidor.

Khairul meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat bagaimana kad pengenalan lama ditemui di tempat pembuangan sampah-sarap.

"Ini adalah perkara yang serius. Apakah yang akan berlaku jika kad-kad pengenalan diri tersebut jatuh ke tangan sindiket yang menjualnya kepada warga asing?

"Kad pengenalan lama yang dipulangkan kepada JPN seharusnya dipotong dan dimusnahkan. Bagaimanapun, kad-kad pengenalan tersebut dijumpai dalam keadaan baik. Kenapa ia tidak dimusnahkan dan bagaimana ia boleh ditemui di tempat pembuangan sampah-sarap?

"Kami percaya ini adalah kerja-kerja dalaman," katanya sambil menambah perkara tersebut akan dirujuk ke Parlimen sekiranya polis tidak menyiasat kes tersebut dengan cepat.

Tiada ulasan: