Ahad, 17 Mei 2009

SU Kerajaan Negeri Halang saya bertemu tuanku - Nizar

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - MENTERI Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam satu ceramahnya malam tadi berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menghalang beliau untuk bertemu dengan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ketika Sidang Dun 11 Mei lalu.

Berkata di hadapan kira-kira 15,000 orang di Shah Alam malam tadi, ketika peristiwa berkenaan, beliau telah mengiringi baginda ke lif namun sebelum masuk kedalam lif, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim menghalang Nizar menaiki lif yang sama.

“Dalam perjalanan itu tuanku berkomunikasi dengan saya, sehingga sampai di pintu lif maka terdengar suara sumbang dari Setiausaha kerajaan negeri, Abdul Rahman Hashim. Beliau berkata dengan suara yang lantang, Datuk Seri tidak boleh masuk lif,” katanya lagi.

Tambah Nizar lagi, turut mengiringi Tuanku ketika itu ialah Ahli Dewan Undangan Pangkor, Zambry Kadir - yang menyatakan bahawa beliau adalah menteri besar Perak.

“Perkara ini di dengar oleh tuanku dan baginda berkata kepada saya, Datuk Seri boleh masuk ke dalam lif yang turut berada bersama di dalam itu ialah Zamry. Bila lif ditutup, Dato setiausaha kerajaan negeri tertinggal di luar,”katanya.

Namun kata Nizar, ketika mengiringi Raja Nazrin, Baginda berinteraksi cukup baik dengan beliau sehingga baginda menaiki kenderaan rasmi.

Tiada ulasan: