Selasa, 12 Mei 2009

SMS ugutan: Ramzi tampil bantu siasatan polis

MSTAR ONLINE


KUALA TERENGGANU: Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hadir di Ibu Pejabat Polis Terengganu untuk membantu siasatan berhubung kes penyebaran SMS ugutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bulan lepas.

Semalam, polis berkata pihaknya akan mendapatkan waran tangkap terhadap Ramzi kerana gagal tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas ugutan kepada tiga Adun BN bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata sehingga pukul 3 petang ini, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu, masih belum memberikan keterangan walaupun telah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian.

Beliau berkata polis akan meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Ramzi, yang merupakan bekas calon BN pada pilihan raya umum lepas, sama ada masih berada dalam negara atau sebaliknya.

Tiada ulasan: