Khamis, 21 Mei 2009

Selepas 24 tahun, DAP bertunas semula di Perlis

Abdul Rahim Sabri


DAP kembali bertunas semula di Perlis setelah 24 tahun apabila sekumpulan anggota masyarakat Cina tidak senang dengan MCA yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Susulan itu, enam cawangan di negeri itu berjaya ditubuhkan sejak dua minggu lepas dan, menurut seorang pemimpin kanan DAP negeri, "mencipta satu sejarah" bagi parti itu.

Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu cawangan di Kaki Bukit – dalam parlimen Padang Besar – pada 1985 tetapi kemudian dibubarkan kerana tidak aktif, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP Kedah dan Perlis, Vincent Tan.

Tiada ulasan: